Salam Jumaat - Minggu Berdarah

Ini pendapat aku lah.. 

Astargfirullah al azeem....



Kejadian pertama - Pelajar 15 tahun yang mempertahankan maruahnya sehingga dibunuh, dimasukkan ke dalam beg dan di buang pulak. 

Kejadian kedua - pegawai bank ditembak semasa menjalankan tugas. 

Kejadian ketiga - Seorang penjual rokok yang siko, menikam ala rambo 4 mangsa. 2 parah dan 2 meninggal dunia
.

Kejadian lain yang juga melibatkan kematian - empangan di Cameron Highland. Pecah ke melimpah ek? Hehehe, tak fokus sgt time brite.

Kejadian sebelum minggu ni - motor yang eksiden di Putrajaya tu.

Aku terpanggil untuk menyeru sekalian rakan pembaca blog aku. Tak kisahlah korg memang kawan aku tau sekadar singgah nk baca. Sorry kalau aku agak poyo... Tp aku rasa, sudah masanya kita keluar dari kelompok pemikiran dunia ketiga. I'm not talking about politics here, cuma aku rasa wajar ada sedikit keterbukaan dalam pemikiran kita. Aku pun ada kekurangan juga sebab terlalu terbuka dalam pemikiran. Aku pun ada egois aku sendiri. Tapi sama2 lah kita saling mengingatkan yer. Insya Allah...

1. Mohon berhenti sebarkan gambar-gambar mangsa yang telah meninggal. Sayu hati keluarga, ibu bapa, suami/isteri, anak2 sekiranya keaiban mangsa dipertontonkan. Contoh kitalah mangsa tersebut dan gambar kita dipertontonkan. Apa perasaan kita? Aku dah lama perasan benda ni tak baik. Dlu ada org sebarkan gambar bayi yang dibuang dan bersemut. Tak boleh ke sekadar menggambarkan keadaan dengan perkataan? Tak perlu nak dipertontonkan. Yes, picture worth thousands of explanation rather than words.  But it just hurts me or aku ase ramai juga yg lain hurts to see it. Hurts kalau setakat sebab kesian ok lagi. Kalu hurts the mind?

2. Andai kata anda salah seorang manusia yg beruntung tetapi berakal yang mempunyai peluang menangkap penjenayah. Jgnlah dihukum penjenayah berkenaan sblm org itu di bawa ke muka pengadilan atau jatuh ke tgn penguat kuasa. Dari aku kesian dekat mangsa yang dibunuh dan dicederakan jadi aku kesian dekat penjenayah tu. Sebab percayalah, anda mungkin terover hukum OKT tersebut. Kalau ni memang sah2 kes bunuh ok lagi. Andai kata anak anda sendiri, org tersalah anggap dia penjenayah padahal dia tak buat mcm mana? Fikirlah sebelum bertindak. Fikir kesan dan fikirkan mungkin anak, adik, atau sesiapa sahaja ahli keluarga kita, rakan taulan yang kita sayang. Mungkin juga mereka pun boleh ditempat yang sama.

Tapi walau bagaimanapun. Bagi aku penyebaran tentang stories tu memang wajar. People may take precautions.. 

Apa-apa pun, kebenaran, yang terbaik hanya dari Allah swt. 

Chill people and peace. Wallahualam....

Sekian, tq. ;p

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Yorumlar

Bu blogdaki popüler yayınlar

Use Tea Tree Oil To Combat Body Odor

Save Me

Dos Pertama: Program Pemberian Vaksin - Astra Zeneca - PWTC KL