Ignorance

Aku benci dia
Aku salahkan dia

Aku benci orang yang tak betah bertanggungjawab!

Pernah tak terfikir
Andai itu terjadi pada zuriatnya sendiri?

Ignorance dan Membabi buta

Tandatangan yang mengundang mala petaka
Membabi buta
Tidak fikir kesan dan punca
Tidak fikir atau TIDAK MAHU FIKIR?

Kenapa tidak sekurang-kurangnya SIASAT?
Kenapa terlalu selesa duduk dan bersandar
Nah buat itu
Nah buat ini
Campak dan buang, ambil kemudian baling

Itukah resam pemimpin bila berada di atas?
Adilkah seorang pemimpin yang kononnya MEMIMPIN?
Sunnah Rasulullah kah begitu?
Amalan dan Pedoman Rasulullah kah begitu?

Tak guna tanda didahi kononnya kuat solat
Tak guna projek juta-juta berjaya dan dikenali
Tak guna tunjuk certification atau mana-mana Anugerah bertaraf tinggi
Tak gunalah keluar pagi balik malam kononnya BERTUGAS
Sangat sia-sialah semuanya!

Kalau semua diambil mudah
Isu sensitif ditolak tepi dan disimpan diceruk
Diperuk diperam ditolak tak mungkin berguna langsung
Lebih baik beruk dihutan
Diam batu mematung diri dibilik
Tak endah masalah diakar umbi
Tak mahu beri perhatian apatah mendengar untuk mengungkai

Pandang dan paling
Lebih baik tak payah

I have to say, but you just sucks as being a leader.
I hate you i really do!! 

Babi pun ada mata hati

Allahuakhbar....

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Yorumlar

Bu blogdaki popüler yayınlar

Use Tea Tree Oil To Combat Body Odor

Save Me

Dos Pertama: Program Pemberian Vaksin - Astra Zeneca - PWTC KL