Kisah Pinochio....(Versi Mama)



 Kisah Pinochio versi Mama





Siri satu: Gapetho seorang tukang kayu. Suatu hari Gapetho menjumpai batang kayu yang sangat besar. Lalu beliau mengambil sedikit dari serpihan kayu itu untuk membuat patung kayu seorang budak lelaki. Dari kepala, badan sampai kaki dan tangan. Rambut dan baju serta topi. Akhirnya siaplah patung seorang budak lelaki yang sangat comel. Patung itu seakan-akan sorang budak yang berusia 6 tahun.

Selepas siap Gapetho mengukir dan memasang patung kanak-kanak lelaki tersebut, beliau pun masukkan dalam Almari dan masuk tidur. 

Esoknya, ketika bangun, beliau mendapati anak patung itu boleh bergerak dan bercakap. 

Gapetho sangat gembira dan menyediakan peralatan persekolahan lalu menyuruh patung tersebut yang digelar nya PINOCHIO supaya ke sekolah.


Pinochio secara naturalnya seorang budak yang sangat nakal. Dalam perjalanan ke sekolah, dia berjumpa dengan ramai kawan-kawan. Tetapi kawan-kawan pinochio tidak mahu ke sekolah sebaliknya terus ke taman permainan untuk bermain-main.

Pinochio pun tertarik. Buku dan peralatan sekolah yang di bawanya dibiarkan jatuh ke atas jalan dan dia mengikut kawan-kawan untuk pergi bermain. 

Dia pergi bermain dengan sangat lama sehingga Gapetho yang menunggu Pinochio pulang ke sekolah menjadi risau. Gapetho keluar mencari dan menjumpai buku dan peralatan sekolah pinochio. Tetapi pinochio tiada di sekolah. Lalu Gapetho pun mencari Pinochio di merata-rata tempat.............

Pinochio sangat leka bermain. Akhirnya, beliau teringat akan bapanya yang sedang menunggu di rumah. Ketika pinochio sampai di rumah, bapanya telah tiada.











 Datang seorang pari-pari yang cantik bertanya kepada Pinochio.

Adakah awak tidak pergi ke sekolah?
Jawabnya 'Pergi'.. Lalu hidungnya menjadi panjang kerana menipu...

Tanya pari-pari lagi.. Awak pergi bermain di taman dan leka dan tidak pulang ke rumah?
Jawabnya 'Tidak;.. Panjang lagi hidungnya..

Dan pinochio terus menipu sehingga hidung nya menjadi panjang sehingga kelihatan seperti sebatang ranting dan akhirnya sehingga ada sarang dan ada burung-burung berterbangan....

Lalu pinochio tak mahu lagi berbohong dan nekad untuk mencari bapanya...

Semasa mencari, orang ramai memberitahu bapanya telah ditelah oleh seekor ikan paus.

Dengan berani pinochio terjun ke dalam laut dan ditelan oleh ikan paus juga. Lalu Pinochio berjaya menyelamatkan bapanya...

Gapetho sangat gembira kerana telah bertemu dengan Pinochio. Pinochio pun sangat gembira. Lalu mereka pun pulang. Dan pinochio berjanji untuk pergi ke sekolah dan belajar rajin-rajin seperti yang Gapetho mahukan.
Mereka pun pulang dan tidur. 

Semasa tidur, Pinochio bermimpi bertemu lagi dengan pari-pari. Pari-pari memuji tindakan Pinochio yang berani. Lalu berjanji untuk memberikan hadiah kepadanya.

Perlahan-lahan, badan dan wajah Pinochio berubah menjadi seorang budak yang asli yang sangat comel...




Gapetho dan Pinochio sangat gembira kerana akhirnya dia mempunyai seorang anak lelaki yang comel. Pinochio pula gembira kerana mempunyai bapa yang sangat penyayang dan dapat menjati seorang budak lelaki yang sejati. Pinochio berazam untuk menjadi anak yang baik dan belajar rajin-rajin.

-Tamat-

p/s : Nanti nak share versi Hafiy plak malam tadi. :D

Yorumlar

Bu blogdaki popüler yayınlar

Use Tea Tree Oil To Combat Body Odor

Save Me

Dos Pertama: Program Pemberian Vaksin - Astra Zeneca - PWTC KL