Majli Penyampaian Hadiah Muhammad Firdaus...

Alhamdulillah..

Usaha dalam less than a month ago, cepat betul dapat habuan nya. Efisyen jugak la cikgu dia buat kerja.

Tapi yang amat-amat bahagia, siapa lagi kalau bukan mak bapak budak sekolah tu. Alhamdulillah..

Pagi tu 19 November 2014, aku memang dh plan nk half day. I wasnt expecting much. Aku dah tau Firdaus dapat no.7. But keputusan dia, ok-ok jelah. Memang banyak sangat peningkatan dari peperiksaan pertengahan tahun, but still, kalau nak compare ngn orang lain.. Jauh sangat beza kot... Tapi, SK Dengkil ni, dpt Sekolah Baiah tau. If u know what i mean? Sekolah biasanya akan dpt Baiah tu kalau dapat pencapaian terbaik dalam UPSR contohnya kalau sekolah Rendah. Macam dah masuk level2 Sekolah elit la(Blom masuk lagi MACAM nak masuk ;p). Kalau nak cerita pasal SEKOLAH ni mcm-mcm jenis sekolah seluruh Malaysia nih. Hihi..

Actually, hadiah kecemerlangan ni, untuk push Firdaus forward lagi. InsyaAllah...Sebab kwn2 lain mesti pun berlumba-lumba jugak. Dia naik pentas untuk Sekolah Kebangsaan. Dalam masa yang sama dia jeles kwn dia dpt naik pentas sekolah agama. So harapnya ini suntik semangat dia lah. Dah main je keje die. Lagipun sekolah agama aku totally surrender la. Psl ntah. Maybe aku pun kene tukar skit cara lah kot. Memang nak taknak kene lah ajar dia. Huhuhu. Buat ulangkaji utk Sekolah Kebangsaan je. Huhuhu...

So mlm sebelum tu En. Shahrun ajak tengok wayang sama2. Tapi hafiy plak ada practise utk konvo day tadika dia plak. Tp dh en. shahrun ckp nk cuti, aku pn EL lah jgk. Lgpn tunggu Hafiy habis practise dh lambat. Nak mkn lg msti lmbt jgk. So bos pn maklum n ckp ok...

So lepas hantar Hafiy n Ammar ke skul memasing, kitrog tros pi skul Firdaus. Breakfast kt kantin skolah Firdaus... Punya la eksaited kn. Awal gila smpt. Pstu lepas tu tak start lg. Terpaksa breakpast. Huhuhu.

Lepas mkn majlis pn start. Masa tu dh start bukak buku aturcara ni. Ini la time touching nye. En. Shahrun boleh tenung buku aturcara tu yg ada page ada nama anak dia. Waaaa tak sangka tak sangka. Mak bapak sengal, tp anak ok plak. Allah jaga anak kami. Amin. Alhamdulillah....

Aku taip ni was yesterday. Pstu mcm alamak, tak smpt nk abiskan tulis. Pstu harini pn mcm malas. Tp sebab, initially, aku nk coret jgk pasal ni. Wpn tak ada apa nak dibanggakan. No.7 je kot? But still, dia macam penyuntik semangat untuk kitorg, to grow as a family. InsyaAllah amin. Dunia ini pinjaman. But still, you have to do, what you have to do. Right?

Firdaus dpt hadiah:

  • 5A
  • 100 markah BM Penulisan dan Pemahaman
  • No. 7 keseluruhan. 
  • Peningkatan pencapaian terbaik (Nama atas skali, bangger mak - Mcm tektik plak. Awal tahun no.45. Tetibe meningkat no. 7. Wakakaka....)
Semoga Firdaus meneruskan kecemerlangan dan menjadi bantu tanda dan contoh untuk adik2, Hafiy dan Ammar. InsyaAllah amin. Semoga semua anak-anak mama Firdaus, Hafiy dan Ammar cemerlang terbilang dan gemilang Dunia dan Akhirat. Amin.....


"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin." 

"Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"

Bittaufiq Wannajah fil imtihan! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah..

Ya Tuhan berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat..amiin











Yorumlar

Bu blogdaki popüler yayınlar

Use Tea Tree Oil To Combat Body Odor

Save Me

Dos Pertama: Program Pemberian Vaksin - Astra Zeneca - PWTC KL