Kayıtlar

Şubat, 2017 tarihine ait yayınlar gösteriliyor

Hai Si Penulis

Hai si penulis Si penulis manja yang pantas dan mudah terasa Jika terus begitu Menulis terus terbuku Tak akan pernah mula menulis lagi Hai si penulis Dari kecil ku suka menulis Besar ku tak bisa menutur laju Kerana menutur laju itu penat Kerana menutur laju itu tidak disukai Hai si penulis Semasa kecil ku aku menulis perihal sebuah bas Bas itu buruk Bas itu dipandu seorang tua Si tua itu pemalas Tidak diselenggara bas nya Lalu bas itu rosak Maka nestapalah penaiknya Kerana tidak boleh ke sekolah Hai sipenulis Tulisan ku itu jadi bahan gaduh ayah dan cikgu Cikgu kata tulisan ku tidak masuk akal Ayah kata cikgu sengaja cari alasan untuk menghukum Sudahnya aku Aku yang keliru Mujur keliruku tak panjang Hai sipenulis Aku sedar itu minatku Menulis dalam kerambangan Tidak perlu tujuan Tidak perlu pujian Hanya menulis Hai sipenulis Namun aku butuh perhatian Biar tidak dinobat anugerah Sekadar perhentian Bacaan segelintir Itu sudah mencukupi Sipenulis yang hambar Namun kehambaran ini tidak dic

Diamkan

Banyak betul isu dalam dunia ini yang, kita diamkan, lebih baik. Tapi baik kah kita ini?  Baik di sisi Allah swt kah? Atau baik di sisi manusia lain? Nauzubillah... Isu pengusaha kantin. Di dakwa menganiaya kanak. Kita ni sebagai ibu bapa, asyik nak menjatuhkan dan mencari salah orang lain. Nasi sepinggan, ada ayam seketul RM2. Ya Allah berapa sangatlah pengusaha kantin tu untung? Kita sendiri pun nak beli barang basah, sebulan RM500 tak cukup. Bagi saya yang tak sempat memasak di pagi hari. Ok lah tu. Anak saya kenyang dan hati gembira. Balik malam lapar, dan saya dan suami sediakan makanan untuk mereka. Cukup lah anak2 alas perut di siang hari. Saya doakan semoga mencukupi. Tapi, nak menempelak orang lain yang telah bersusah payah menyediakan makanan anak-anak saya dan ramai lagi ibu bapa lain. Saya tak sanggup. Saya tak sanggup bila mana saya mengupas kepayahan mereka dengan keuntungan yang bagi saya kecil. Ya kecil. Bayangkan kos barang basah, harga minyak dan sewa. Belum lagi sara

PD 2017

Resim
10 - 12 Februari Bayu Beach Resort sun burned sons aisha selamat sebab refuse to get into water

"Tahniah, seorang programmer yang berjaya!"

Malu saya cikgu! Huhuhuhu.... Itulah kata-kata motivasi dari seorang guru. Lebih 20 tahun dulu. Saya pernah didenda oleh cikgu berdiri di depan. SAYA LUPA APA KESALAHAN saya. Tapi saya tau kesalahan itu serius. Semua budak lelaki yang berdiri sebaris dengan saya terlibat dengan kesalahan serius itu. Mereka dilempang oleh cikgu. Terasa betul bahangnya muka saya ketika itu. Allahuakhbar. Tapi cikgu tak jadi melempang saya. "Ini amaran terakhir, kamu pengawas, perempuan pula tu!" Dan hari ini, lain pula dialog cikgu. Saya harap cikgu bangga dengan kejayaan saya. Saya tak beritahu cikgu pekerjaan saya mahupun tempat saya bekerja. Ucapan tahniah tu tak tahu saya cikgu dapat tahu daripada mana. Tapi saya terharu dan berterima kasih. Akan saya semat kata-kata cikgu dalam hati saya. Ia jadi sumber motivasi saya sekarang. TERIMA KASIH CIKGU! -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin