Diamkan

Banyak betul isu dalam dunia ini yang,

kita diamkan, lebih baik.

Tapi baik kah kita ini? 

Baik di sisi Allah swt kah?

Atau baik di sisi manusia lain?

Nauzubillah...

Isu pengusaha kantin. Di dakwa menganiaya kanak. Kita ni sebagai ibu bapa, asyik nak menjatuhkan dan mencari salah orang lain. Nasi sepinggan, ada ayam seketul RM2. Ya Allah berapa sangatlah pengusaha kantin tu untung? Kita sendiri pun nak beli barang basah, sebulan RM500 tak cukup. Bagi saya yang tak sempat memasak di pagi hari. Ok lah tu. Anak saya kenyang dan hati gembira. Balik malam lapar, dan saya dan suami sediakan makanan untuk mereka. Cukup lah anak2 alas perut di siang hari. Saya doakan semoga mencukupi. Tapi, nak menempelak orang lain yang telah bersusah payah menyediakan makanan anak-anak saya dan ramai lagi ibu bapa lain. Saya tak sanggup. Saya tak sanggup bila mana saya mengupas kepayahan mereka dengan keuntungan yang bagi saya kecil. Ya kecil. Bayangkan kos barang basah, harga minyak dan sewa. Belum lagi sara hidup peniaga itu. Jangan kejam sangat wahai manusia. Jangan pentingkan diri.

Dulu anda membuat saya rimas, annoy dan benci.

Sekarang anda membuat saya sedih. Saya hidup dalam negara yang dipenuhi dengan orang-orang yang menyedihkan saya.

Sekiranya anda rasa, pengusaha itu tidak kompeten dengan kualiti makanan yang awak telah tetapkan untuk anak-anak sendiri. Wajarlah MASAK sendiri.

Itu sahaja dari saya hari ini. Esok insyaAllah saya menulis lagi? InsyaAllah.

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Yorumlar

Bu blogdaki popüler yayınlar

Use Tea Tree Oil To Combat Body Odor

Save Me

Dos Pertama: Program Pemberian Vaksin - Astra Zeneca - PWTC KL