"Tahniah, seorang programmer yang berjaya!"

Malu saya cikgu!

Huhuhuhu....

Itulah kata-kata motivasi dari seorang guru. Lebih 20 tahun dulu. Saya pernah didenda oleh cikgu berdiri di depan. SAYA LUPA APA KESALAHAN saya. Tapi saya tau kesalahan itu serius.

Semua budak lelaki yang berdiri sebaris dengan saya terlibat dengan kesalahan serius itu. Mereka dilempang oleh cikgu. Terasa betul bahangnya muka saya ketika itu. Allahuakhbar. Tapi cikgu tak jadi melempang saya.

"Ini amaran terakhir, kamu pengawas, perempuan pula tu!"

Dan hari ini, lain pula dialog cikgu. Saya harap cikgu bangga dengan kejayaan saya.

Saya tak beritahu cikgu pekerjaan saya mahupun tempat saya bekerja.

Ucapan tahniah tu tak tahu saya cikgu dapat tahu daripada mana.

Tapi saya terharu dan berterima kasih.

Akan saya semat kata-kata cikgu dalam hati saya. Ia jadi sumber motivasi saya sekarang.

TERIMA KASIH CIKGU!

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Yorumlar

Bu blogdaki popüler yayınlar

Use Tea Tree Oil To Combat Body Odor

Save Me

Dos Pertama: Program Pemberian Vaksin - Astra Zeneca - PWTC KL