Everything Will Fall Into Its Places

Harini aku ucapkan ayat tu kepada seseorang yang memerlukan.

Lebih 10 tahun yang lalu, seseorang ungkapkan ayat tu pada aku

Bila keadaan jadi penuh panca roba. Semuanya tak kena dan bila berdiri pun rasa goyah.

Aku cuba bertenang, tarik nafas dan hembus.

Betul ke? Semua ni akan berlalu dan semua ni akan "fall into its places?"

Tapi "if she says so" jadi aku agak ia betul.

Bila aku bertenang, aku mula nampak beberapa laluan yang aku boleh pilih.

Aku ambil salah satu dari laluan tu.

Dan dipenghujung simpang, ada lagi halangan. Aku terduduk lagi.

Sekali lagi ayat itu menerpa, kali ni aku sendiri yang ungkapkan. "It will fall into its places"

Bayang-bayang sebiji bola jatuh ke dalam sebuah lubang, tepat dan kemas, berlegar-legar di depan ku.

Aku bangkit, dan berjalan semula.

And it works! Really things does falls into its places!

Terima kasih kepada sipemberi kata-kata itu!

All smiles! Boleh bersurai. Bai.

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Yorumlar

Bu blogdaki popüler yayınlar

Use Tea Tree Oil To Combat Body Odor

Save Me

Dos Pertama: Program Pemberian Vaksin - Astra Zeneca - PWTC KL