Love Stories

Aku dah mula skeptikal dengan Love Stories. I have just one word : BORING....

Yela, umur aku pun dah berapa, dah tak berapa sesuai kot! (Bluwekkk)...

Secara realitinya, drama dan kenyataan jauh berbeza. Dunia 'Too Perfect'; 'Too Easy'; 'Too Plannable'.. Tak sama langsung macam reality.

Dalam sesebuah drama, mesti ada Hero dan mesti ada Heroin.

Dalam kehidupan, mesti ada kerjaya yang bagus, duit yang banyak dan tidak terkesan langsung dengan kegawatan ekonomi.

Kebiasaannya, Hero mestilah kaya. Kalau tak kaya pun, mula-mula miskin, tapi dengan bakat yang terpendam, tak lama tu jadi kaya. Dan kalau kaya tu, terpenuhi dengan bakat yang tak tertampung. Buat apa pun POWDERFUL. Pasti kaya dan banyak duit dan mampu menanggung apa sahaja yang diinginkan oleh Heroin. Apa sahaja! Oh my god, sangat BUKAN REALITI!

Heroin pulak, tak perlu kaya. Tapi punya hati yang GOLD. Terima apa sahaja kekurangan sekeliling. Menjadi seseorang yang sangat patuh, observant dan absorb (hadam je) anything. Anything. Orang tu buat jahat. Terima. Orang tu pukul, curi duit, tolak, layan macam sampah. Terima je. Redha tahap maksima. Hati sangatlah waja. Baik, setia, PERFECT. Atas lagi dari SOLEHAH. Aku ada kawan nama SOLEHAH dulu masa darjah 3, Langsung tak solehah ok. Hahahah. Realitinya, aku sendiri pun langsung tak solehah jugak. Huhuhuhu. Nobody is perfect! YOU must know that!

Jalan cerita sangat sangat typical. Mulanya susah, then berjumpa, then jatuh cinta. Tapi mula-mula taknak mengaku. Then menempuhi pancaroba sebelum sempat masing-masing meluahkan perasaaan. Kira dua-dua dah realized perasaan sendiri, cuma tak pasti perasaan pihak satu lagi. Then, terpisah. Bertahun tahun tahun tahun ok. HAHAHAHAH.. Ini kelakar. Kalu terpisah, takda sapa sekeliling tu okay jugak. Ini, merata kawan ni suka, kawan tu pun suka jugak. Tapi HERO dan HEROIN masing-masing hati kuntum. ADA AKU KESAH? Hati ku telah dimiliki. SESUATU SANGAT!!!

Yang Heroin tu aku tak pelik sangat, memang ramai je perempuan sangat setia ngn Suami/Boyfriend. Mungkin la ada yang jenis tak setia, tapi tak ramai. NAME ME ONE, INTRODUCE TO ME ONE... I'll be gladly to meet that unique person.

Yang HERO tu aku pelik sangat la hai. Ada ke lelaki yang ketahanan begitu tinggi. Perempuan baik/seksi/ciri2 wanita sejati lain yang datang dekat dan berusaha untuk memiliki. Tapi dek kerana cinta hakiki kepada yang satu sahaja, HARAMMM ko tak layan. MENIPU SGT LAH! Ahahahahahahahhahhaha. Ye, aku memang tak percaya sangat kat lelaki. Kalau pun dia mati-mati taknak, tapi dah cinta sejati takde, hilang ke mana. Datang plak yang lain depan mata, cantik plak tu, baik lak tu, solat 5 waktu. Tipulah taknak. Malu-malu kucing tu. Buatlah majlis meminang. Bayarkan hantaran. Sediakan kenduri. Confirm nak tu. Eh jangan kau memain. Kalau dalam drama, BAGAIKAN HALILINTAR dia menolak. AHAHAHAHHA. Terbahak aku tengok. Berlakon sangat tu bang. Nama pun pelakon. Huhuhuhuhhuhuu. Maaflah. Hakak memang tak percaya sangat cinta-cinta sejati ni. 

Cinta kepada Allah yang satu tu lain dik. Tu yang terutama. Allahuakhbar. Huhuhu.

Well, kupasan aku ni bukan nak mengutuk. Fikir-fikir balik, kalau nak realiti sangat. Stress kot. Malas nak tengok jugak citer-citer yang stress sangat. Hujung-hujung, pasangan kekasih tak bersatu. Perghhh stressssssss. Hujung-hujung, Hero berpaling tadah dan menunjukkan belang LELAKI yang sebenar. Perghhh.

Nengok citer Korea tu. Nengok lelaki-lelaki dia. Adoi. Baik gila gentleman gila! Heroin fragile sangat katanya. Nak pi kerja pun tak mampu katanya. Tengok real life dia? Bini dia jaga 3 anak sorang-sorang sebab dia busy sangat bekerja. No offense. Aku bukan nak pandang rendah beliau tak mampu jaga anak. Hakikatnya begitulah. Manusia. Banyak komitmen. Mana nak mampu 24jam jaga "Your Heroin". Wihtout kau kena berkerja, cari nafkah untuk anak bini. Mampu tengahari buat lunch surpriseeeeee. Tup-tup buat MAJOR contribution to the company and bring your heroin BIG BUCKS.. Tak masuk akal kan?

So.. Reality dan Drama memang lah lain. I know I know I know. Aku ni macam baru perasan. Bukan-bukan. Dah lama tau dah. Cuma bila terjebak tu. Aku pun terjebak. Baik nya diaaa.... Sweet nya diaaa... Sambil pandang laki aku... Why cannot you be like that? Ahahahaha. Nampak tak?

So post ni nak mengingatkan diri sendiri sebenarnya. Nothing much.

Ok tuje. Adios!

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Yorumlar

Bu blogdaki popüler yayınlar

Use Tea Tree Oil To Combat Body Odor

Save Me

Dos Pertama: Program Pemberian Vaksin - Astra Zeneca - PWTC KL