Kayıtlar

Kasım, 2017 tarihine ait yayınlar gösteriliyor

Mimpi

Malam tadi mimpi pelik. Tapi dah petang ni tak ingat sangat dah mimpi tu secara keseluruhan. Mimpi bela ular, banyak. Ular sawa to be specific. Ada yang kecil lagi. Ada juga yang kepala je kecil tapi badan size manusia. Kemudian ular tu macam memanjang dinding, ke ular tu macam bangun angkat kepala. Naik ke atas makin tinggi makin tinggi. Lama-lama macam nak jatuh ke arah aku. Masa nak lari, aku terjatuh. Tup-tup ular tu jatuh sebelah aku. Tindakan reflek sebelum nak bangun lari pelepukk aku hempuk ular tu. Tapi masa tangan aku nak sampai badan ular, aku terperasan aku bermimpi rupanya. Dan yang aku nak hempok tu, anak aku sendiri. Aisha baring sebelah aku.  Hohohoho. Terkezut Aisha pepagi buta mak dia tepok. Hehehe. Macam kelakar pun ada.. Pelik! -- Regards, Siti Fatimah Khairiah M Amin

Hari ini aku nak bercakap mengenai kehidupan.

Hidup ni tak adalah susah sangat. Bangun, bernafas, bersihkan diri, makan, uruskan kehidupan, dan rehat semula. Uruskan kehidupan mungkin mengambil 50% sahaja daripada keseluruhan kehidupan seharian. Mungkin boleh terdiri daripada mengurus diri sendiri atau orang lain. Priority atau kepentingan diletakkan pada mana-mana hal kehidupan yang dirasakan perlu lalu disudahkan dahulu. Pilihan dan persimpangan dalam kehidupan tu perkara normal yang akan terjadi di mana-mana titik kehidupan sehari-hari.  Bila salah pilih, mungkin akan kecewa. Bila betul pilihan, ya mungkin gembira, tapi boleh jadi juga 'Luck' atau bernasib baik. Hari yang lain mungkin tidak begitu bernasib baik. Namun hidup tidaklah boleh disamakan dengan sebuah 'conquest'. Like a game! Tidak, hidup bukanlah sebuah permainan. Langsung bukan. Ini pendapat peribadi. Hidup, untuk dialami, untuk dihadapi. Tiada butang tutup yang available untuk kalam kemanusiaan. Membunuh diri itu, bukan perkara normal! Kan? Jadi, h