Poligami


Pengenalan

Selalu sangat aku ditakutkan dengan perkataan itu. Aku jenis, cepat memberi pandangan, padahal aku tak laluinya. Mungkin, pencerita ingat, aku terlebih tahu, padahal tak tahu. Ye aku tau benda tu tak mudah. Tapi itu dari persepsi aku. Belum disuntik emosi sebab aku tak benar-benar merasai. Wallahualam.

Aku dapat bayangkan. Betapa sakit. Betapa rasa dikhianati. Betapa bohong dicurah pada janji-janji. Janji-janji lampau yang tidak pasti. Yang berjanji, hanya mencipta janji. Yang mendengar, percaya penuh pengharapan. Dan pabila hampa terjadi. Yang berjanji lupa akan janji. Yang mendengar terasa bahang penipuan. 

Tetapi itu hanya bayangan. Walaupun ianya terjadi pada orang-orang yang aku sayang. Orang-orang yang aku hormati. Namun, aku tetap bukan dia yang benar-benar merasai. Yang aku rasakan tetap bukan perasaan yang sebenarnya. 

Aku tak mampu berkata apa-apa pun. Tidak layak. Namun, aku terus mendengar, melihat, menyaksikan. Drama. Air mata dan kesedihan. Kehilangan. Fokus berlari arah. Tidak bertepian. Yang terseksa terus rela menyeksa diri. Menafikan kebenaran. Yang menyeksa terus angkuh. Tidak merasa besalah walau janji tidak dikotakan. Penipu! Tapi penipu itu terus selamat dan dipuja. Terhegeh dipuja oleh yang yang benar-benar menyayanginya. Tapi sayang. Itu cuma drama. Drama yang tidak diheran. Tidak dilayan.Tidak dihargai. Tidak diendah.

Alangkah baik, kalau hidup diteruskan. Biarlah yang hendak pergi itu pergi. Tak usahlah terus dirayu. Rayuan luhur tidak dipeduli malah dibenci. Perasaan rimas yang nampak menebal. Salah jadinya, seorang isteri merayu meraih kasih suami. Suami dah tak sudi! Apatah lagi isteri meminta agar dilupakan pada kasih baru. Pucuk muda. Beratnya rasa si suami nak melepaskan. Kenapa nak campak si pucuk muda? Kenapa perlu kembali pada si tua yang sudah layu di matanya? Selama berpuluh tahun menyemai kasih, membina keluarga. Langsung tidak diendah. Berpuluh tahun itu, lenyap sekelip mata tanpa sebarang kenangan. Kenangan itu langsung tidak berharga.



Pengalaman

Kita boleh lihat banyak cerita. Mungkin bukan dari keluarga kita. Dari situ kita dah boleh buat beberapa kesimpulan. Dan dari situ, mungkin kita boleh beri peringatan kepada diri kita sendiri. Andai terjadi, apa harus kita lakukan? Wajarkah kita elakkan? Atau biarkan? Masa akan menentukan. Situasi dan keadaan akan menetapkan. Adakah penerimaan. Atau penyeksaan. 

Macam-macam punca diutarakan. Macam-macam alasan dilemparkan. Kalau niat nak benda itu jadi, makan tiada apa boleh dilakukan. Hati sudah mau. Hati sudah tertambat. Cinta lah katakan. Dulu usia muda ku, aku fikir tempat dalam hati hanya ada satu. Bila terisi maka tempat itu akan penuh. Tak akan muat untuk apa-apa yang lain.

Tapi pelik juga. Ruangan itu bagaikan bertambah-tambah. Aku boleh  isi dengan pelbagai manusia. Ibubapa ku. Adik beradik ku. Suami aku. Keluarga suami ku. Anak-anak ku. Kawan-kawan. Masih ada ruang kalau aku melihat ada anak kecil yang comel. Bukan anak aku. Tapi ada tempat untuk dia. Mungkin begitulah orang lelaki. Tapi aku tetap tak boleh faham. Macam mana kalau aras isterinya nanti boleh disamakan dengan seorang perempuan lain yang baru, yang datang. Mungkin sama malah mungkin lebih lagi.

Aku lihat sendiri aras aku. Kadang, aku rasa lebih tinggi dari ibu suami ku sendiri. Aku tengok nilai yang suami beri pada aku dan nilai yang mertua ku dapat. Tapi sayang suami pada ku dan sayang dia pada ibu tentulah lebih pada ibunya. Tapi ibu itu yang melahirkannya. Membesarkannya. Membelainya. Mengasihinya seumur hidupnya. Antara ibunya atau aku, tetaplah ibunya. Tapi tak mungkin sama kedudukan aku nanti dengan yang 'baru'. Sebab aku hanya seorang perempuan yang mengenalkannya tentang Cinta. Cinta manusia kan bisa luput. Aku mengenalkannya pada kehidupan. Dari susah, ke senang. Dari berdua bertambah dengan bilangan anak-anak. Rumahtangga tak pernah sunyi dengan jerit tawa hiba bingit anak-anak. Dan itulah kehidupan yang kami bina bersama. Kalau antara aku dan ibu mertuaku. Mungkin suami ku tetap kasihkan ibunya lebih. Sebab ibu itu asal usulnya. Tapi kalau aku dengan si 'baru'. Tak mungkin aku dilebihkan. Sebab siapalah aku? Tetapi kenapa aku mahu lebih? Kenapa aku tak puas dengan hidup yang telah aku jalani bersamanya? Kenapa aku terus menagih kasihnya? Adakah aku tamak?

Aku tidak mahu lebih pun. Tapi rasanya sama rata pun mungkin dia tak mampu beri. Aku lihat cerita dia, dia itu dan dia itu. Iya, aku lihat isteri tua itu tersenyum. Iya, aku nampak dia bergilir-gilir dari no1, no2, no3 dan no4. Iya aku nampak pandainya dia mengurus rumahtangganya. Yang dia bawa kesemuanya bercuti. Bersama mereka gembira. Terlalu indah, aman, luhur warna kegembiraan itu.

Tapi mata aku melihat sesuatu yang lain lagi dari itu. Sesuatu yang lebih lagi. Aku bukan cari kesalahan, tapi inilah kenyataan. Mungkin kalau si suami menyedari, seharusnya dia memohon maaf kepada isteri tuanya. Keseronokkan merindu, nampak pada suami, saat dia datang pada yang tua. Merindu pada yang muda. Teringat. Bagaikan masa bercinta, belum berkahwin, dan terpaksa balik ke rumah yang berlainan. Iya aku lihat keseronokkan merindu itu pada matanya. Dan keseronokan itu merona kemerahaan, pabila akhirnya sang suami kembali bersatu dengan si muda! Lega nampak lenggok yang dibahasakan dengan senyuman. Bahkan pelukan tangan pun hinggap dibahu si muda. Yang, aku rindu. Mungkin itu bisiknya sebelum lensa kamera diketik. Allahu. Iya, iya manis. Tapi kalau si tua membaca isi hati suami itu, apa ya dirasakan?

Ia bagaikan hilang. Hilang saat membaja kasih saat bercinta dahulu. Semasa belum berkahwin. Semasa keduanya suami dan isteri tua muda lagi. Allahu. Ia bagaikan menyiat hati ku. Orang luar yang melihat hanya dari kejauhan. Mungkin boleh dikatakan emosi ku sendiri. Yang mengalami tak apa-apa.. 

Memori itu, tak pernah hilang dalam benak ku. Bahkan sering aku teringat-ingat. Saat aku kenal dia. Lenggokkan bahasanya ketika berbicara dengan ku. Tanda dia mula-mula tunjukkan saat dia nak beritahu, hatinya telah terpaut pada ku. Saat kami saling menyedari, kami sudah saling jatuh hati. Ia sungguh manis untuk di ingati. Tapi adakah manis lagi kalau ada seseorang di antara kami? Astarghfirullahalazim. Subhanallah. Allah, kuatkan lah iman ku dan hati ku.

Tapi, selain kehilangan itu. Penambahan itu, tidak manis, tetapi bisa juga membahagiakan. Sekurang-kurangnya anak-anak tenang. Kerana kedua ibu bapa tenang-tenang sahaja. Cantiknya lagi, si muda tidak mencuba untuk merampas kewujudan ayah dari keluarga yang asal. Ayah masih boleh bersama anak-anak dan ibu mereka. Tidak terkesan kehadiran si muda, cuma sedikit, bila hari-hari agihan itu, si suami perlu berada di rumah si muda. Tapi tetap, si suami balik, walaupun bukan hari-hari. Pandangan cinta, mungkin telah tiada, tapi dia masih di sini. Bersama. Bersama masih mendidik anak-anak. Bersam masih bahagia melihat kejayaan anak-anak. Masih setia mengampuh tanggungjawabnya. 

Pandanglah isterimu, dengan kasih sayang, bagi melegakan perasaan gusarnya, kerana dia isteri mu yang telah diamanahkan, tanggungjawabmu. Laksanakanlah dengan hati yang terbuka, ikhlas, dan anggaplah itu sebahagian dari amal ibadatmu.

Maka, damailah keluarga itu. Bahagia. Walau bukan setia pada yang satu. 

Perasaan

Tulisan ini bukanlah untuk menuturkan nasihat. Jauh sekali untuk membetulkan. Siapalah aku, hanya seorang manusia yang penuh dengan kekurangan? Bisakah manusia berdosa ini menasihat?

Tapi, tujuan asalku membina rumahtangga. Ingin tua bersama suami ku. Ingin bersama melihat anak-anak kami membesar.

Like i have once read from a statement. 

"Sure, i did not get a chance to dance with my daughter daddy on her weeding day"

I WANT TO HAVE THAT DANCE WITH MY DAUGHTER DADDY"

Sebab kahwin ini, tujuannya hingga akhirat. Dia diciptakan untukku dan aku diciptakan untuknya. Aku tak pernah bosan dengan nya. Aku sentiasa menunggu baliknya kerumah aku. 

Sedih kalau dia mencari keseronokkan lain selain dari aku dan anak-anak. 

Hina sangatkah kami? Sampai perlu menagih kasihnya? Berharap pada dia, yang tak sudi.

Insecurity. Of course! Bila di tanya. Ini jawapannya:

"Lelaki ni, memang hatinya tidak tega untuk hanya pada seorang wanita. Tak pernah cukup."

Allahu. Kalau kami wanita, suatu hari akan tua, akan berkedut, akan lunyai. Tapi tidak lelaki? Terus muda? Malah seorang lelaki usianya menjangkau 60an, betah berkawin dengan wanita berusia 20an. Nampak bahagia. Segar bugar si lelaki, terasa muda.

Bangga!

Tak ada cinta. Tak ada kesetiaan. Langsung hilang. Yang ada pengkhianatan. Yang ada penghinaan kepada isteri tua yang sudah tua itu. Pandang pun tak lalu. Mana cinta nya? Mana bahagianya? 

Di mana janjinya. Aku ingin tua bersama mu. Ingin jalani hidup ini sampai akhirnya dengan mu. Di tengah-tengah perjalanan itu. Allah turunkan rezeki, terlebih, lalu aku belanjakan. InsyaAllah, payung syurga buatmu.

Allah. Gugurnya air mata isteri, saat sang suami menuturkan kata-kata itu, akan suami ambil endah kah? Tak nampak dah kesedihan isteri. Yang dia nampak, bahagia yang bakal dia kecapi. Sekali lagi dia akan mengalami 'malam pertama'. Gila!

Untuk diri ku sendiri aku pun tak tahu bagaimana. Mungkin, sewaktu itu, aku sudah kuat. Aku sudah tak kisah kalau orang dah tak sudi walau memandangku. Walau melihat kelibatku. Mungkin masa tu, aku dah tak kisah pun. Biarlah. Buat apa aku menagih sesuatu yang bukan lagi milikku? Buat apa aku mengharap pada sesuatu yang telah PERGI?

Sure, i did not get the chance to dance with my daughter daddy. So what? I am a muslim, i cannot dance in front of the public! I rather sit on my chair, listening to love songs. Looking at my daughter. Proud and happy. That's my daughter up there. With a guy who loves her.

I hope so. I hope so. 

For now, that is all i could say. Wallahualam.


--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Yorumlar

Bu blogdaki popüler yayınlar

Use Tea Tree Oil To Combat Body Odor

Save Me

Dos Pertama: Program Pemberian Vaksin - Astra Zeneca - PWTC KL