Malam Tadi

Bukan kisah malam jumaat ye dik. Akak ni sejenis suci, kisah-kisah 18sx tu, akak tak suka nak ceritakan secara maya macam ni. Tapi kalau adik ni kawan akan kat real-life. You will know me as a totally different. Kekadang akak memang rasa akak ni ada split personality. Tapi akak sah kan di sini, Alhamdulillah, akak ni waras. Gila tu mungkin sejenis perangai, yang akak rasa normal je. Kalau adik rasa tak normal, itu masalah adik. Akak tak ambil port. Lantak kau lah situ. It is just you with your own opinion, you owned it, not me!

Gituu. Sejenis tetibe emo tetibe ceria.

Semalam, akak dah siap mandi wangi-wangi, laki akak announce:

"I ada kerja ni..."

So akak dah faham, kalau dia cakap gitu, maksudnya, dia expect akak jaga anak-anak, dan jangan kacau dia. Macamlah malam sebelum-sebelum tu dia yang jaga anak kan? Tapi akak sabar je. Dah 12 tahun akak sabar dik. Akak rasa kesabaran akak ni memang semakin lama semakin utuh. Begitulah cinta. Akak rasalahkan..

Then akak pun balas:

"I nak tengok tv boleh?"

See, baik kan akak, nak tengok tv pun mintak izin suami. Suami akak memang sedia maklum dah, bini dia ni sejenis hantu tv. Kalau tak tengok tv boleh mandom gitu sampai tahun depan. 

"Mmmm.." 

Dia jawab. Tapi akak nampak Smirky face kat dalam hati dia. I know him. Bosan lah tu, akak lebih feeling dengan hero-hero kat tv dari feeling dengan dia. Hahaha. Salah akak ke dik?

Then, akak buka tv. No good story. Bosan bosan. Then menjelang pukul 10malam, akak buka TvN, sebuah channel untuk Hype Tv. Akan nampak la sebuah cerita korea ini "Because This is My First Life"...

Gituuuuu.

So, kesimpulannya, itu je akak nak citer. Akak dah jumpa cerita bersiri yang akan jadi modal akak sepanjang minggu ni dan minggu depan.

Sekian.

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Yorumlar

Bu blogdaki popüler yayınlar

Use Tea Tree Oil To Combat Body Odor

Save Me

Dos Pertama: Program Pemberian Vaksin - Astra Zeneca - PWTC KL