Nak Tunjuk Sangat

Kita tu kadang, tak berterima kasih dengan Allah. Kita terlalu nak tunjuk, kita ni hebat itu, hebat ini, beruntung itu, beruntung ini. Tapi dalam masa yang sama, susah itu, susah ini. Jadi orang lain kena tolong, kena beri peluang. Selfish!

Padahal dalam hidup ini sangat adil. Ada orang lebih kat situ, tapi adalah tempat lain Allah kurangkan.

Bila kita nampak orang tu tak ada, kita ada. Mulalah kita kecam, kata orang tu tak buat macam kita buat.

Aku okay lagi, kalau sesetengah orang tu suka nak menunjuk-nunjuk kelebihan dia. Okay je, dah itu rezeki dia. Alhamdulillah, aku tumpang bersyukur.

Tapi aku tak boleh nak okay, bila mana dia mula mengadili hidup orang lain. Mulalah nak kecam, kononnya orang tu tak cukup berusaha seperti dia! Oh my god, kau macam tau sangat pasal kehidupan orang. Dah tu, masa yang kau tak berusaha sampai nak senang macam orang lain tu tak apa pula? 

Kita tak payah berlebih-lebih nak mengadili hakam hidup orang lain. Kita mungkin boleh utarakan pendapat kita sekali. Kalau orang tu tak ambil, maksudnya, dia pilih untuk buat dengan cara dia. Jadi biarkan. Sebab kita sendiri pun tak suka orang nak cakap lebih-lebih pasal hidup kita. Contoh, kenapa kau hantar anak kau pergi sekolah pakai basikal, belilah kereta! Sukahatilah kalau aku tak nak beli kereta SETAN!!

Reti? Hanya setan je sesuai aku labelkan orang-orang macam ni.

hashtag: Done Monday Meroyan.

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Yorumlar

Bu blogdaki popüler yayınlar

Use Tea Tree Oil To Combat Body Odor

Save Me

Dos Pertama: Program Pemberian Vaksin - Astra Zeneca - PWTC KL