Akulah Hayati Episod 1


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Kisah pasal seorang lelaki berketurunan Minangkabau dari bapanya. Namun bapanya telah berkahwin dengan wanita dari keturunan lain. Telah terbuang. Merantau dan hidup jauh di sebuah tempat bernama Mengkasar. Lelaki itu bernama Zainuddin. Sejak kecilnya Zainuddin dibela oleh seseorang bernama Mak Base, kerana saat dia masih bayi, ibunya meninggal. Kemudian masih dalam lingkungan 5 ke 6 tahun ayahnya yang dari Minangkabau itu pula meninggal. Tapi dia beruntung kerana Mak Base baik. Dan dia dibela dan dibesarkan dengan baik. Cukup belanja walau tak mewah.

Setelah besarnya, dia teringin nak kembali ke tempat asal ayahnya. Tertarik dengan keindahan-keindahan alam yang ayah dia ceritakan mengenai tempat asal ayahnya iaitu di Batipuh, Pasir Panjang. Sebuah kawasan kampung. Kalau ikut penceritaan, ada Gunung Merapi. Area situ la kiranya. Memang lawa. Ayahnya suruh balik ke situ, sebab nak suruh mengaji, belajar agama, jadi golongan-golongan alim ulamak. Jadi dia bulat tekad untuk ke situ. Mak Base tak setuju, sebab nanti susah jumpa. Tapi dia nak ke situ juga. Tiada yang dapat menghalang lagi.

Sampai sana, dengan perasaan yang sangat teruja dia pun mencari sedara-mara ayahnya seperti yang diceritakan. Dia pun dapat berita, tiada warisan keluarga ayahnya dah untuk dia, tak apalah. Bukan itu yang dicari. Tapi kiranya kedatangannya turut tidak diundang. Dia diterima pun sebab Mak Base memang kirimkan duit secara berkala untuk menampung pengajian dia. Pendek cerita, memang kedatangan dia tak diundang dan tak disambut baiklah. Walaupun, dia berasal dari situ juga melalui ayahnya dulu.

Anak-anak muda di situ pun macam memulaukan dia. Banyak perkara dia dilarang untuk campur. Tak boleh nak turut serta. Bosan, sunyi dan kesepian. Macam tak ada kawan.

Maka kat sinilah Hayati muncul. 

Ok peminat-peminat. nanti aku sambung lagi.


--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Yorumlar

Bu blogdaki popüler yayınlar

Use Tea Tree Oil To Combat Body Odor

Save Me

Ramadhan Kareem 2019