Dos Pertama: Program Pemberian Vaksin - Astra Zeneca - PWTC KL

Update : Done 2nd Dos on 2nd of August 2021. So, whilst updating this, i am already COMPLETED the vaccination - which is 14 days passed my 2nd dose. Alhamdulillah. Lets just hope i will not catch the virus so i can protect my loved ones who are unable to get vaccinated. InsyaAllah Amin..

________________________________________________________________________

Time: 12:30pm

Date : 31 Mei 2021


Battle 1st batch untuk 200k sumthing AZ dulu aku ragu-ragu juga nak ambil. Tapi lepas sembang dengan kawan-kawan, diorg make a point, Kalau tak vaksin, infected dengan virus C19 lebih tinggi percentage untuk mati dari Kalau amik vaksin. Memang ada yang mati, tapi kalau compare percentage dia sangat rendah compared to kalau mati sebab infected. Tu satu hal. Satu hal lagi 2021 ni, C19 ni macam terlebih sudah mutasi nya. Senang to be infected-airborne, dan kalau kena, walaupun mungkin tak mati, severity sangatlah menakutkan. Ada yang survived tapi lepas tu ada masalah pernafasan. Ada yang survived tapi lepas tu buah pinggang affected. Dan macam-macam lagi. Malah, kanak-kanak pun ada yang kena dan teruk juga. Kesian. Jadi kita ambil juga vaksin ni, walau pun secara sukarela, sebab concept nya, anything you can get as soon as posible, then take it. Wallahualam. Bukan untuk lindungi diri je, tapi untuk lindung semua, anak-anak, orang tua, saudara mara, sahabat handai, teman sekerja, semua. #lindungdirilindungsemua. InsyaAllah amin.

So, seminggu sebelum hari kejadian, dok la baca-baca pasal program vaksinasi dekat pwtc ni. Dok la nampak orang beratur panjang. Dari depan Sunway Mall tu sampai la nak masuk dalam. But most of them said, flow sangat laju dan sukarelawan serta frontliners sangat supportive, assistive dan baik. Adalah cerita yang pasal berkumpul sabtu baru ni. Tak sure sebab apa. Ramai la kat luar tu berkumpul. Yet ada yang komen, kat dalam smooth ja. Ok ja. And ada juga komen, dia hantar beberapa ahli keluarga dan diri sendiri, dia cakap usually tak macam tu. So adalah tu yang datang bukan pada waktu yang ditetapkan. Wallahualam.

Pergi ke PWTC 

*(1) Appointment untuk 1st dose aku ngan husband sama, 1230pm. Tapi pagi tu (31st May 2021) 10:30am kami dah keluar rumah (naik kereta). Kononnya nak gi Balai Polis sekejap, sebab ada urusan sikit. Skali ramai orang kt situ. So terus la gerak ke PWTC. Sampai Sunway Mall(tepi PWTC) dalam kul 1115am. Awalnya. So, pusing-pusing kejap dalam Sunway Mall tu. Nampak ATM, aku konon withdraw duit la sebab nak beli makanan. Tapi tiba-tiba rasa tak lalu nak makan. Belum cucuk lagi hehehehe. Lepas dah buang-buang masa, beli air sebotol (aku sedih, aku ingat laki aku nak beli 2 botol, skali dia beli sebotol je share - eleh lepas tu takut nak minum pun, takut nak kencing susah nak pi toilet hahahaa), beli roti sikit untuk alas perut. Aku memang plan nak mkn skit la. Pastu kitorang jalan la dari Sunway Mall tu ke PWTC. Dari aras 1 Sunway Mall tu memang ada signage untuk Program Vaksinasi. So ikut jela. Berpeluh la juga jalan nak sampaikan ke pintu tu, sebab pakai double mask. Pastu cuaca masa tu dah mula panas. 

Sampai di PWTC 

Sampai depan pintu kosong je, tak ramai orang. Tapi nampak la orang mula berpusu-pusu. Laki aku ajak dok tepi. Sebab masa tu baru kul 1140am. Pastu dia makan la roti yang beli tadi dan minum air. Aku tak lalu lak. Dah sampai depan tu. Dengan nampak polis dok tengok-tengok. Alang-alang polis tengok-tengok aku pun tanyalah. Encik boleh tak nak masuk sekarang? Appointment pukul berapa? 1230pm. Boleh, masuk je, nanti tunggu kat depan. Depan manalah. Risau juga dia suruh bersila. Tapi bersemangat dia suruh pegi depan. Dah jalan ke depan nampak la laluan, Station 1, kami punya station. So ikut jela laluan tu. Pastu kat depan ada polis check Profile MySejahtera. Kena Low Risk. So lepas masuk je. Polis siap announce. Tak payah bukak yang vaksinasi tu ye. Kami nak tengok profile je. Hahaha baik. Masuk dalam terus carik Station 1. Sebelum masuk laluan berikutnya ada anggota Rela lagi kat situ. Kat sini baru tengok Appointment. Mungkin tak ramai so dia suruh masuk je. 

Ikut je laluan tu. Kita Station mana kan, ada 3 station yang aku nampak. Orang memang ramai. Ada je orang datang tapi flow laju je. So takde stuck kt depan tu. Alhamdulillah. 

Sampai naik tingkat atas. Kat sini dia check appointment lagi, dan bagi kita Nombor Giliran. Dia suruh duduk kat ada macam hall. Ada kerusi la situ. Selesa. Ekon full blast. So memang tak berpeluh walaupun pakai mask dan orang ramai. Situ nampak la dia dah asing 3 Station tu. Station 1 tengok yang handle Klinik2u. Macam NGO la kot. Station 2 macam APNM yang pakai baju biru tu. Station 3, RELA kot. Masing-masing ada cara tersendiri handle orang ramai. So masa duduk, memang dah ada borang. Ada 2 salinan. Ada announcer keep ulang cara nak isi borang tu. Tak nampak announcer tu dok mana. Sepanjang aku dok situ memang dia dok ulang2 je. Isi tick boxes, ada penyakit ke apa. Isi nama, IC, vaksin AZ dan persetujuan nak terima vaksin tu, isi nama dan ic kat bahagian bawah, JANGAN isi part saksi nanti doktor perunding akan isi. So naik hapal la apa dia cakap sebab cakap ulang2. So, kat sini nampak la sistem dia. Kerusi tu susun 10-10. Ada tv tunjuk nombor yang dipanggil. So nampak dia gilir2 panggil dalam 20 nombor gilir-gilir ikut Station 1, 2 dan 3. Walaupun laluan asing-asing. Tapi panggilan tetap gilir-gilir. So ample time la nak isi borang and tunggu giliran. Sini yang macam menunggu sikit, tapi tak lama pun. Basically tak rasa lama sebab ko keep anticipating what is next.

Finally, nombor kitorg dipanggil. So, ikut laluan yang ditetapkan. Nanti kat sini ada beratur sikit. Tapi kawasan cukup luas. 1 time beratur dalam 10-10 la. So dalam 1 masa 10 orang akan masuk kat kerusi yang disusun. Nampak ada macam lebih 10 meja kat dalam, ada consultant tunggu orang datang. So masuk, duduk, nanti ada volunteer datang kat kerusi setiap 10 orang tu dan bagitau nombor meja yang kita kena pegi. Sepanjang perjalanan memang akan nampak volunteer yang akan atur dan tentukan mana kita patut pergi. Diorg sangat helpfull! So kat meja ni, dia macam nak lengkapkan maklumat kat My Sejahtera and nak sah kan kita orang yang betul. Tengok mysejahtera dan IC. So IC standby. *(2)

After done dekat this stage, again kita akan di arah untuk duduk kat 1 susunan kerusi lain, dalam 3-4 layer, 1 layer 10-10. So cepat je. Mula-mula kita dok layer blakang. By time kita akan disuruh bangun dan ke depan. Layer by layer. And dekat final layer tu dia akan bagi no meja for another round of consultation. Kat sini yang consult kita adalah doktor. So doktor ni akan semak IC dan borang yang kita isi tadi. ISI NAMA KENA IKUT SEBIJI MACAM DALAM IC (kalau ada tulis binti kena tulis sebiji-sebiji binti tu). Salah isi dia akan suruh betulkan huhuhuhu. Lepas tu dia akan tanya la soalan sejarah kesihatan. Macam dia akan assess tahap kesihatan kita juga. Then dia akan cop dan sign borang. Situ nampak lah, orang ni adalah seorang doktor hehehehe. Lepas tu baru dia akan suruh kita sign kedua-dua borang. So settle. Kita akan pi brator lak kat 1 tempat sebelah kiri kawasan tu (ni kalau Station 1), station lain mungkin lain la kot. Tak pasti.

So ini kira final beratur lah. Macam tadi, ada layer by layer, setiap layer ada 10 kerusi. Kita akan start duduk kat bahagian belakang sekali. Layer by layer, dia akan suruh pegi depan. Sampai final layer dia akan panggil untuk pergi ke nombor bilik. Bilik-bilik kecik di mana finally kita akan diinjek. Sebelum diinjek. Kita akan duduk kat 1 kerusi kat luar bilik tu. Bila orang kat dalam dah injek maka kita boleh la masuk.

Bilik Suntikan 

Kat dalam bilik ni, mungkin misi mungkin doktor yang akan injek kita. Kat situ kita akan tengok la dia isi syringe dengan vaksin AZ ni. Siap tunjuk label kat kita tu botol AZ. Kita pun ye kan jelah. Pas dah transfer masuk dalam syringe. Dan prepare alcohol cotton n plaster dan siap bukak plaster tu, dia pun amik borang kita. Masa ni aku gelabah tak tau apa dia tulis kt borang tu hahahahaha. Basically dia pun cop dan sign juga kat 1st borangdan 2nd borang jugak, sebab nak sahkan, dia yang injek for 1st dose. Ada cop nama and jawatan si pencucuk juga. Pastu dia pun mula nak injek. At first dia say sorry. Yang injek aku tu lelaki. Sorry ye puan. Aku pun bersedia lah untuk selak lengan. Aku pakai kemeja. Dalam tu aku pakai tshirt. So selak tak menampakkan aurat. Nampak la tang lengan gemok aku. Kalu tu pun takleh tunjuk bila aku nak injek?? Gitu. Aku is paranoid. Walhal masa bersalin lagi sakit and lama and beberapa kali kena injek Hahaha. Tak tau kenapa. Tapi memang siap pejam mata. Adik tu pun paham. Tapi tak sakit. Macam tak rasa apa. Ntah bila dia cucuk. Ntah bila dia tekan ubat tu tak tau. Tau2 dia tanya. Puan ok ke? Dah selesai puan hahahaha. Ok. Dah ke huhuhu. So dia pun lap cotton tu and letak plaster. Pastu dia cakap. Ok sekarang boleh buka My Sejahtera, tekan kt bawah Appointment tu and scan barcode tepi tu(kat dinding bilik tu). Aku pun scan. Pastu ada 1 button kita kna tekan. Dia cakap tu nanti dlu. Pastu dah. Ohh dah ke? Dah. Ok terima kasih!! Sama2 puan, take care. Huhuhu. Terharu dia cakap take care tu. Hehehe..

Selepas Suntikan 

Then, aku kuar dari bilik tu, nampak husband aku tercari-cari aku. Aku malas nak bgtau volunteer tu kami nak 1 bilik tadi. Ada je couple yang buat. Takyah la nak bersama-sama sangat. Kat rumah kang bersama je! eh. Hehehehe. last-last habis dalam masa yang sama juga je kan. So kami di lead kan ke 1 lg kawasan untuk tunggu kot-kot ada apa-apa symptom. Turun dari escalator. Masuk kawasan tu. Kena beratur lagi, tapi sekejap sangat, ada volunteer akan lead kita nombor meja. Sebelum duduk kena pi kat 1 lg meja consultation. Kat sini aku lupa la dia tanya apa. Tapi dia suruh click something kt My Sejahtera to note that I have completed the process. Pastu dia bagi Kad Vaksinasi and stapler skali dengan Borang Vaksinasi. Borang Vaksinasi tadi ada 2 kan? Satu salinan borang kita bagi kt orang yang cucuk kita untuk 1st dose td. Dan satu lagi salinan Borang Vaksinasi kita bawa tadi masa nak ke tempat pemerhatian. Nanti masa 2nd dose kena bawa Borang Vaksinasi dan Kad Vaksinasi semua ni semula. Consultant dekat tempat pemerhatian tu bagitau maklumat ni, dan tarikh 2nd dose akan dapat dalam masa 12 minggu. Gitu. Oh dia juga bagi tau, kalau ada apa-apa symptom yang pelik, boleh click kat bawah tu. Untuk report symptoms. Kalau macam pelik lah. Macam demam sakit badan tu takyah la report. Yang pelik macam nampak ada kesan lebam or darah pecah kt kulit, macam tu lah aku ingat apa yang dia cakap*(3). 

Pulang ke Rumah

So, tunggu la 15 minit dekat kerusi disediakan. Kerusi memang banyak, so tak nampak orang berdiri tunggu kecuali volunteer yang dok guide orang ke situ dan ke sini. Baik sangat geng-geng volunteer ni. Semoga adalah balasan kebaikan diorg membantu negara melawan virus jahat yang membunuh dan melumpuhkan banyak perkara normalisasi kemanusiaan. So bukan calang-calang pekerjaan diorg ni. Rata-rata budak muda. Kalau boleh aku nak anak-anak aku sama-sama join geng-geng volunteer ni. Amin... Masa tunggu ni nampak la ada orang bawak makanan untuk geng-geng volunteer ni. Ramai kot diorg ni. Kerja sama and senada je. Flow tu memang laju and smooth. Well planned. Sangat well planned. Bila kitorg tamat tempoh 15minit tu, bila keluar, nampak la kawasan beratur masuk tadi kosong. Rupanya pintu tutup. So meibi waktu tu dah time rehat geng-geng volunteer ni. Bila keluar dari PWTC, nampak la ada orang beratur. Flow memang sentiasa ada, tapi ada jugalah waktu rehat untuk diorang agaknya. Kami agak jela. Masa kami keluar tu dalam kul 1pm lebih. Tak tau la berapa lama pintu tu akan tutup. Orang makin bertambah tengoknya dari masa ke semasa. By the way, kami checked out dari Sunway Mall dalam kul 1:30pm. So dalam 2 jam 15 minit. Parking fee kami: RM5:50. Pakai touch n go je. Senang.

So tamatlah sharing aku untuk moment paling bersejarah dalam hidup aku. Kalau takde covid ni, takdelah aku kena beratur macam ni or expirience this kind of moment. Walaupun, badan aku sakit-sakit at the moment. Tak tau malam ni leh tidur ke tak. Dah selamat pun telan panadol 2 bijik Hehehe. I need rest I suppose. Citer pasal sampai rumah, aku takleh nak citer lah ye. Tak larat dah. (Sapa suruh ko citer pun setan?) Hehehe.

Itu saja, kalau panjang umur, nanti I citer experience untuk 2nd dose plak. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan. Amin..


*Saja nak update benda tak kaitan kat sini. Hehehe.

1. So, aku pun plan la ngn husband. Kejap nak naik grab. Kejap nak naik moto. Kejap risau parking mahal. Naik LRT memang tak la, untuk 2 orang dah brape. Baik naik kereta, takdelah jauh mana, then bayar je parking brapa pun. 

2. Bateri fon kena banyak. Kalau cepat drained sediakan lah powerbank. Fon penting untuk sahkan siapa kita, untuk scan batch vaksin kita, untuk complete kan proses vaksinasi kita. Ada la point-pointnya fon kita ni perlu bukan la sepenuh masa. Tapi tengah menunggu tu, rata-rata the whole process took around 1 hour. So kena make sure la bateri fon ok. Huwakwei aku ni ok. 10% usage je for 1 hour. Aku cakap ok sebab dulu aku guna ipong. mau smpai depan habis bateri huhuhuhu. Harey. 

3. By the way, aku being curious, try report juga symptoms . Kalau ada mild symptoms boleh je report. Nanti boleh la diorg guna data tu untuk buat apa-apa kajian ke analisis kan? Hehehe. Symptoms aku by the way mild lah. Drama je lebih. Tadi the nextday tu seharian aku baring je. Sakit satu badan, nak nak pulak sekaligus dengan period pain. Nak beranak pun tak seksa macam tu. Pening kepala, sakit badan dan sakit pinggang sebab period pain. Makan pun tak lalu. Aku dok baca ramai yang selera makan bertambah. Tapi aku lain.

Yorumlar

Bu blogdaki popüler yayınlar

Use Tea Tree Oil To Combat Body Odor

Save Me

Ramadhan Kareem 2019